- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 11
PAMERAN TVET DAN HARI KERJAYA SEMPENA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2026 DI SMK SYED MASHOR
31 Mac 2026 (Selasa), Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mashor, Batang Kali telah mengadakan Pameran TVET dan Hari Kerjaya bagi meraikan keputusan Peperiksaan SPM 2026. Program ini melibatkan seramai 298 orang pelajar yang telah menduduki peperiksaan tersebut dengan 93.96% orang calon yang berjaya lulus SPM. Pelbagai aktiviti dan pameran dari institusi pendidikan dan industri telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dan pendidikan lanjut. Antara pempamer yang dijemput adalah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), yang turut menghantar penyelaras untuk berkongsi maklumat mengenai program-program kemahiran yang ditawarkan.
Ucapan tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya, terutamanya kepada yang memperolehi keputusan cemerlang. Pihak sekolah berharap agar kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha dan mengejar cita-cita mereka. Kesempatan ini juga diambil untuk menggalakkan pelajar lain agar meneroka bidang TVET yang menawarkan pelbagai peluang yang menarik bagi masa depan mereka. Dengan kehadiran IKBN, pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang pilihan kerjaya yang tersedia dan bagaimana mereka dapat memanfaatkan kemahiran mereka di dalam industri.
