PAMERAN TVET DAN HARI KERJAYA SEMPENA KEPUTUSAN SPM 2025 DI SMK BANDAR SUNGAI BUAYA

    PAMERAN TVET DAN HARI KERJAYA SEMPENA KEPUTUSAN SPM 2025 DI SMK BANDAR SUNGAI BUAYA

     
    31 Mac 2026, Rawang - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya telah menganjurkan Pameran TVET dan Hari Kerjaya bersempena pengumuman keputusan SPM 2025.
    Program ini melibatkan 191 orang calon SPM daripada keseluruhan 998 pelajar sekolah. Pelbagai pameran dan perkongsian daripada institusi pendidikan serta pihak industri diadakan bagi memberi pendedahan tentang peluang pendidikan dan kerjaya.

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) turut serta sebagai pempamer dengan berkongsi maklumat berkaitan program latihan kemahiran yang ditawarkan, sekali gus membantu pelajar memahami laluan TVET dengan lebih jelas.

    Tahniah diucapkan kepada semua calon, khususnya yang berjaya cemerlang. Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha serta meneroka peluang dalam bidang TVET.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.