- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 8
PENGLIBATAN PELAJAR IKBN PERETAK DALAM SELANGOR AMATEUR OPEN 2026
Bukit Beruntung, 18 Jun 2026 - Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah diberikan kepercayaan untuk melaksanakan tugas sebagai Scoring Technical dalam Kejohanan Golf Selangor Amateur Open 2026.
Kejohanan ini berlangsung pada 18 hingga 20 Jun 2026 di Bukit Beruntung Golf & Country Resort, dengan penganjuran oleh MAKSAK Selangor serta sokongan Kerajaan Negeri Selangor.
Penglibatan seramai 6 orang pelajar IKBN Peretak bukan sahaja membuktikan kemampuan belia dalam bidang sukan, malah turut memberi peluang kepada mereka untuk menimba pengalaman berharga dalam acara bertaraf negeri.
Kejohanan ini dijangka menarik penyertaan ramai pemain golf amatur dan menjadi platform penting dalam mempromosikan sukan golf serta pelancongan negeri Selangor.
