IKBN Peretak, 11-13 Ogos 2026 - Program ini melibatkan seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada pegawai IKBN Peretak serta pelajar dari Jabatan Fesyen & pakaian, Jabatan Kosmetologi dan Jabatan Hospitaliti bagi pengambilan baru sesi 2/2026. Program ini disampaikan oleh penceramah daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan(JKKP), PDRM, PENJARA, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba & Penyelamat, Bahagian Keselamatan Jalan Raya(BKJR), dan Cybersecurity. Program ini juga memberi pelajaran kepada pelajar dalam pendedahan bagi pencegahan dadah, jenayah buli, teknik balutan & CPR, teknik memindahkan mangsa, pengenalan keselamatan & kesihatan pekerjaan, pesanan dari penjara, teknik pemadaman api, pengungsian bangunan, keselamatan jalan raya dan jenayah siber.
Objektif program ini adalah bagi memenuhi kriteria pembelajaran modul keselamatan & kesihatan pekerjaan di dalam subjek teknikal serta subjek Core Abilities, disamping memberi kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan kepada pelajar baru kemasukan 2/2026 dan menjadi panduan dan amalan sepanjang pelajar menjalani latihan di institut
Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada program yang telah dilaksanakan. Terima kasih dan tahniah diucapkan kerana memberi kerjasama yang terbaik sepanjang program.
