Kejohanan Hoki Tahunan RBSC Ke-51 telah berlangsung dengan jayanya pada 6 hingga 7 Disember 2025 bertempat di Royal Bangkok Sports Club, Bangkok, Thailand. Kejohanan bertaraf antarabangsa ini menghimpunkan pasukan-pasukan jemputan dari beberapa negara Asia Tenggara.
Metdriyanto Bin Zakaria, selaku pegawai dari IKBN Peretak, telah menyertai kejohanan ini bersama pasukan SIDS Connection (Malaysia). Pasukan SIDS Connection telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan dan berjaya melangkah ke perlawanan akhir.
Dalam saingan akhir tersebut, pasukan SIDS Connection telah menewaskan pasukan SCC (Singapura) sekali gus merangkul gelaran Johan Chairman’s Cup – Kategori Lelaki.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada En. Metdriyanto serta seluruh pasukan SIDS Connection atas kejayaan membanggakan ini yang turut mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.
