PERTANDINGAN ILLUSTRASI FESYEN 3D MERIAHKAN FESTIVAL KEMAS MALAYSIA 2025

    PERTANDINGAN ILLUSTRASI FESYEN 3D MERIAHKAN FESTIVAL KEMAS MALAYSIA 2025

    SERDANG, 7 Disember 2025 – Pertandingan Illustrasi Fesyen 3D yang berlangsung di MAEPS, Serdang hari ini telah menjadi salah satu acara kemuncak dalam Program Festival KEMAS Malaysia (FesMa) 2025. Pertandingan ini dianjurkan oleh KEMAS dengan tema “Bahan Kitar Semula”, menampilkan kreativiti peserta dalam menghasilkan illustrasi rekaan fesyen berinovasi dan mesra alam.

    Sebanyak 41 peserta telah mengambil bahagian, termasuk 14 pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak, dengan 7 peserta berjaya mara ke pusingan akhir. Pertandingan ini dinilai oleh panel juri berpengalaman iaitu Ts. Hairul Akmal bin Muhamad, Adam bin Ghazali, dan Muhamad Arridz Farhan bin Abdul Halim.

    Acara ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zairuddin bin Mat Zuini, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, yang menekankan kepentingan kreativiti belia dalam mempromosikan kelestarian melalui penggunaan bahan kitar semula.

    Keputusan Pertandingan:
    Johan: Saudari Faiqah Nadhirah binti Mohd Nadzri – membawa pulang wang tunai RM700, plak dan cenderamata.
    Saguhati: Saudari Mya Clarissa Addura binti Nor Azli – menerima wang tunai RM50 beserta cenderamata.

    Selain itu, semua peserta yang menyertai pertandingan menerima sijil penyertaan sebagai penghargaan terhadap usaha dan komitmen mereka.

    Pertandingan ini bukan sahaja mengangkat bakat belia dalam bidang fesyen, tetapi juga menyampaikan mesej penting mengenai kelestarian alam sekitar melalui inovasi kreatif.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.