- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 81
MEMBANGUN KEPIMPINAN SUKARELAWAN KE ARAH KOMUNITI PRIHATIN 2025
Sempena Hari Sukarelawan Negara 2025
Tarikh : 6 Disember 2025
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Bukit Jelutong Eco Community Park
Program “Membangun Kepimpinan Sukarelawan Ke arah Komuniti Prihatin 2025” merupakan aktiviti kesukarelaan anjuran IKBN Peretak bersempena Hari Sukarelawan Negara 2025.
Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada sukarelawan mengenai kebajikan haiwan, penjagaan alam sekitar serta pembentukan sahsiah dan semangat komuniti. Penglibatan dalam program seumpama ini juga dapat membangunkan kepimpinan sukarelawan muda melalui aktiviti komuniti serta dapat menyemai semangat kesukarelaan dan keprihatinan terhadap isu sosial.
Pelajar juga diberi pengetahuan tentang penjagaan, perlindungan dan keselamatan haiwan yang sekaligus dapat meningkatkan kesedaran pelajar dan masyarakat berkaitan kebajikan dan hak-hak haiwan. Seramai 13 pelajar dari Jurusan Jahitan Pakaian Wanita, Semester 3, Sesi 2/2024 dan 2 orang pegawai telah menyertai aktiviti ini. Pelajar telah ditugaskan untuk membuat pembersihan kawasan padang rumput dan persekitaran Bukit Jelutong Eco Community Park.
Program ini berjaya mencapai objektif melalui penglibatan aktif para pelajar dan pegawai. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran mengenai kebajikan haiwan, malah memupuk tanggungjawab sosial dan semangat kesukarelaan dalam kalangan peserta.
