- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 110
KERJASAMA UNGGUL- BENGKEL KEMAHIRAN GUNTING RAMBUT MUSLIMAT MASJID PERODUA & IKBN PERETAK
20 Disember 2025 (Sabtu), Masjid Perodua telah menganjurkan Bengkel Kemahiran Gunting Rambut untuk muslimat di Bilik Kuliah 2, dengan penyertaan seramai 21 peserta. Bengkel ini diadakan dengan kerjasama Jabatan Teknologi Kosmetologi IKBN Peretak dan dipimpin oleh penceramah berpengalaman, Puan Janefer Faridah Binti Baharuddin dan Puan Hafizah Binti Rumli. Bengkel ini juga melibatkan dua (2) orang pelajar Jurusan Perekaan Gaya Rambut Semester 4 dalam bantu urus pelaksanaan bengkel.
Peserta terdiri daripada wanita berumur 18 tahun ke atas yang terdiri dari penduduk sekitar Masjid Perodua, kakitangan Perodua, dan penghuni komuniti berdekatan. Setiap peserta menerima kit peralatan percuma yang mengandungi set alatan gunting rambut.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberdayakan wanita dengan kemahiran yang meningkatkan potensi kerjaya dalam industri dandanan. Ia juga mengukuhkan kerjasama antara masjid perodua dan IKBN Peretak serta membangunkan komuniti yang lebih berdaya saing dan berpengetahuan.
Sambutan positif terhadap bengkel kemahiran ini menunjukkan keperluan untuk latihan dan pengembangan profesional bagi wanita dalam komuniti. Penganjur berharap dapat melanjutkan kerjasama ini dengan lebih banyak program di masa hadapan.
