PROGRAM FESTIVAL KEBUDAYAAN ORANG ASLI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN HARI ORANG ASLI SEDUNIA TAHUN 2026

    PROGRAM FESTIVAL KEBUDAYAAN ORANG ASLI SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN HARI ORANG ASLI SEDUNIA TAHUN 2026

     
    KUALA KUBU BHARU, 9 Ogos 2026 (Ahad) – Program Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor sempena Sambutan Hari Orang Asli Sedunia Tahun 2026 telah berlangsung dengan meriah di Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor pada hari ini.

    Program yang menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai lapisan ini turut disertai oleh 2 orang pegawai dan 50 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak. Para pelajar IKBN Peretak telah menyertai aktiviti Fun Walk bersama-sama kira-kira 200 orang peserta yang hadir bagi memeriahkan sambutan tersebut.

    Selain itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IKBN Peretak turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan Acara Sukaneka Rakyat yang terdiri daripada permainan tradisional seperti batu seremban, congkak, cari gula dalam tepung dan bola kelapa. Acara tersebut mendapat sambutan hangat daripada para pengunjung yang turut mengambil peluang untuk mencuba permainan tradisional yang disediakan.

    Dalam pada itu, pelajar IKBN Peretak juga telah menyertai Pertandingan Tarik Tali dan berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pencapaian ini membuktikan semangat kerjasama, kesukanan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan pelajar IKBN Peretak.

    Penyertaan dalam program ini bukan sahaja memberi peluang kepada para pelajar untuk beriadah dan berinteraksi dengan masyarakat, malah turut meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Penglibatan MPP IKBN Peretak dalam mengendalikan aktiviti di luar institut juga memberikan pengalaman yang bermakna dalam aspek pengurusan program, kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan.

    Diharapkan penyertaan IKBN Peretak dalam program sebegini dapat memberikan impak positif kepada pembangunan sahsiah pelajar, di samping memupuk semangat perpaduan, menghargai kepelbagaian budaya serta mengeratkan hubungan antara warga IKBN Peretak dengan masyarakat setempat.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.