- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 13
KURSUS ASAS BARISTA ANJURAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BELIA (BPKB), KBS
IKBN Peretak, 12 Ogos 2026 (Rabu) – Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Kursus Asas Barista dengan kerjasama Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak yang bertempat di The Glass, IKBN Peretak.
Kursus ini disertai seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada warga KBS dari pelbagai agensi. Penganjuran kursus ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas dalam bidang penyediaan kopi serta minuman secara profesional.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan kemahiran asas barista merangkumi pengenalan kepada kopi, penggunaan mesin dan peralatan barista, teknik penyediaan espresso serta penghasilan pelbagai jenis minuman berasaskan kopi. Peserta turut berpeluang menjalani sesi amali secara langsung bagi meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penyediaan minuman.
Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kompetensi dan kemahiran peserta, malah turut memberi pendedahan kepada potensi keusahawanan dalam industri makanan dan minuman, selaras dengan usaha memperkasa kemahiran serta pembangunan profesional warga KBS.
Pihak urusetia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB), KBS, semua peserta serta pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kursus ini. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan dalam memperkukuh jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu dalam bidang kemahiran.
