PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI (PKI) TiPS: EMERGING TRENDS AND PROFESSIONAL PRACTICES IN THE SALON AND SPA INDUSTRY

    PROGRAM PERKONGSIAN KEPAKARAN INDUSTRI (PKI) TiPS: EMERGING TRENDS AND PROFESSIONAL PRACTICES IN THE SALON AND SPA INDUSTRY

     
    IKBN Kemasik, 12 Ogos 2026 (Rabu) – Cawangan Hubungan Industri, IKBN Kemasik telah menganjurkan Program Perkongsian Kepakaran Industri (PKI) TiPS: Emerging Trends and Professional Practices in the Salon and Spa Industri yang bertempat di Jabatan Teknologi Kosmetologi, IKBN Kemasik. Program ini melibatkan seramai 10 orang pegawai, terdiri daripada 7 orang pegawai Jabatan Teknologi Kosmetologi IKBN Kemasik dan 3 orang pegawai Jabatan Teknologi Kosmetologi IKBN Peretak.

    Program ini turut menampilkan My Love International Sdn. Bhd., selaku rakan strategik IKBN Kemasik, sebagai penceramah dan pihak yang berkongsi kepakaran serta pengalaman industri kepada para peserta. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta perkongsian pengetahuan dan kepakaran berkaitan trend semasa serta amalan profesional dalam industri salon dan spa. Perkongsian daripada pihak industri turut memberi peluang kepada para pegawai untuk mendapatkan input terkini berkaitan perkembangan, keperluan dan amalan sebenar industri.

    Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan kepada perkongsian berkaitan emerging trends, amalan profesional serta perkembangan terkini dalam industri salon dan spa yang relevan dengan keperluan industri semasa.Program berlangsung dengan baik dan berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua peserta dan pihak penganjur.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.