- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 12
KURSUS DIGITAL TECHNICAL PACKET AND CATALOGUE FOR FASHION DESIGNERS
Seramai 14 orang tenaga pengajar daripada empat (4) buah IKBN, iaitu IKBN Peretak, IKBN Tanah Merah, IKBN Jitra dan IKBN Wakaf Tapai, telah menyertai Kursus Digital Technical Packet and Catalogue for Fashion Designers.
Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan Digital Technical Packet dan Digital Catalogue sebagai medium penyediaan dokumentasi teknikal yang sistematik bagi menyokong proses pembangunan reka bentuk serta pengeluaran pakaian mengikut piawaian industri fesyen.
Sepanjang kursus, peserta mengikuti sesi teori dan latihan amali yang merangkumi penyediaan Technical Packet, penghasilan Digital Catalogue serta aplikasi perisian reka bentuk dalam dokumentasi produk fesyen. Program ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan dan diharapkan dapat memperkukuh kompetensi tenaga pengajar dalam mengaplikasikan pendigitalan dokumentasi fesyen dalam pengajaran, pembelajaran dan industri TVET.
