MINI SOFTBALL TOURNAMENT 2026 IKBN PERETAK

    MINI SOFTBALL TOURNAMENT 2026 IKBN PERETAK

     
    IKBN Peretak, 26 Jun 2026 (Jumaat)– Unit Sukan, Cawangan Pengurusan Pelajar IKBN Peretak telah berjaya menganjurkan Mini Softball Tournament 2026 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Jun 2026 di Padang Astaka IKBN Peretak. Kejohanan ini telah disertai oleh 60 orang pelajar lelaki yang mewakili empat pasukan daripada pelbagai jabatan.

    Antara pasukan yang mengambil bahagian ialah Cekodok Madam (Jabatan Hospitaliti), King B40 (Jabatan Hospitaliti), KFC Baseball (Jabatan Hospitaliti & Fesyen dan Pakaian) dan Dragon Ball (Jabatan Kosmetologi). Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta mempamerkan semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama berpasukan yang tinggi dalam setiap perlawanan.Setelah melalui saingan yang sengit, Pasukan Dragon Ball telah muncul sebagai Juara, manakala King B40 dinobatkan sebagai Naib Juara. Tempat Ketiga menjadi milik Cekodok Madam, diikuti KFC Baseball di tempat Keempat.

    Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja bertujuan menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan, malah dapat memupuk gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan serta menyemai nilai kepimpinan, kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan warga IKBN Peretak. Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.