- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 24
KURSUS INHOUSE ADVANCE HIGH WAISTED TROUSER DI IKBN PERETAK
Kuala Kubu Bharu, 19 November 2025 – Seramai 5 orang pengajar dari Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian telah mengikuti Kursus Inhouse Advance High Waisted Trouser yang diadakan di Bengkel Bulang Hulu. Kursus ini turut disampaikan oleh dua orang pengajar dari Jurusan Jahitan Pakaian Lelaki, iaitu Puan Lilie Syafina binti Mohd Yatim dan Puan Noriha binti Pekan.
Program ini dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian sebagai usaha berterusan ke arah memperkukuh tahap profesionalisme dan kepakaran pengajar. Melalui pendedahan kepada teknik mendraf pola, kaedah jahitan dan kemasan yang lebih terperinci serta banyak lagi teknik dalam pengahsilan seluar tersebut. Kursus ini bukan sahaja memperluas kefahaman pengajar, malah meningkatkan keupayaan mereka untuk menyampaikan pengajaran yang lebih efektif kepada pelajar. Selain itu, sesi latihan ini turut membantu meningkatkan keyakinan pengajar dalam menghasilkan produk berkualiti tinggi serta relevan dengan kehendak industri fesyen masa kini.
Inisiatif ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tenaga pengajar sentiasa bersedia menghadapi perubahan teknologi, trend fesyen dan permintaan pasaran pekerjaan. Program seperti ini juga menyokong agenda ILKBS dalam melahirkan modal insan TVET yang kompeten, berkualiti serta berdaya saing.
Semoga program latihan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan tenaga pengajar yang lebih berkualiti dan profesional.
