21 November 2025 - Kelab Sukan Kebajikan Kakitangan (KSKK) IKBN Peretak telah menganjurkan program keselamatan aktiviti air di Kolam Renang IKBN Peretak. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua kakitangan IKBN Peretak mengenai keselamatan aktiviti air seperti pertolongan cemas CPR dan membantu menyelamat mangsa lemas.
Program ini dikendalikan oleh Tuan Meor Rosdi bin Meor Muhammad selaku Ketua Cawangan Logistik, Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu dan seramai 3 orang pembantu bagi melancarkan aktiviti tersebut.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri bt Md Shariff. Beliau turut mengumumkan nama baharu bagi kolam IKBN Peretak dengan nama Kolam Renang Rajawali.
Diharapkan program seperti ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua peserta yang hadir pada petang ini.
