KURSUS INHOUSE CORSET GOWN WEDDING WEAR

    KURSUS INHOUSE CORSET GOWN WEDDING WEAR

    Kuala Kubu Bharu, 26 November 2025 – Seramai 5 orang pengajar dari Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian telah mengikuti Kursus Inhouse Corset Gown Wedding Dress yang diadakan di Bengkel Bulang Hulu. Kursus ini turut disampaikan oleh Puan Norazlina Binti Nasron.

    Program ini dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Fesyen dan Pakaian sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh tahap profesionalisme serta kepakaran pengajar. Melalui kursus ini, peserta didedahkan kepada teknik draping dalam penghasilan corset gown, kaedah jahitan busana perkahwinan, kemasan yang lebih terperinci serta pelbagai teknik lanjutan dalam menghasilkan busana eksklusif.

    Kursus ini bukan sahaja memperluas kefahaman pengajar, malah meningkatkan keupayaan mereka untuk menyampaikan pengajaran yang lebih efektif kepada pelajar. Selain itu, sesi latihan ini turut membantu meningkatkan keyakinan pengajar dalam menghasilkan produk fesyen berkualiti tinggi yang relevan dengan kehendak industri perkahwinan masa kini.

    Inisiatif ini diharap dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tenaga pengajar sentiasa bersedia menghadapi perubahan teknologi, trend fesyen serta permintaan pasaran pekerjaan. Program seperti ini juga menyokong agenda ILKBS dalam melahirkan modal insan TVET yang kompeten, berkualiti serta berdaya saing.

    Semoga program latihan sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan tenaga pengajar yang lebih berkualiti dan profesional.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.