- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 86
PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA: BANTUAN AWAL MENANGANI TINGKAH LAKU BUNUH DIRI BELIA BERSAMA YB HANNAH YEOH, MENTERI BELIA DAN SUKAN
PUTRAJAYA, 26 November 2025 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia bertemakan “Bantuan Awal Menangani Tingkah Laku Bunuh Diri Belia” bertempat di Dewan Podium B, Menara KBS Putrajaya. Program ini bertujuan memperkukuh kefahaman berhubung intervensi awal dan pendekatan holistik dalam menangani isu kesihatan mental dalam kalangan belia.
Persidangan tersebut turut dihadiri oleh YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan. Sepanjang persidangan, para peserta termasuk wakil institusi, agensi kerajaan serta organisasi pembangunan belia telah terlibat dalam perbincangan yang memberi penekanan kepada pendekatan pencegahan, sokongan komuniti dan strategi tindakan bersepadu bagi menangani tingkah laku bunuh diri dalam kalangan anak muda.
IKBN Peretak turut menghantar dua orang pelajar sebagai wakil institusi, selari dengan komitmen institusi tersebut dalam memupuk kesedaran kesihatan mental serta memperkasa peranan belia sebagai penyampai maklumat dan rakan sokongan di peringkat komuniti.
