KURSUS PENYEDIAAN ROTI BERSAMA KEJIRANAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN BUKIT BUJANG, KUALA KUBU BHARU

    KURSUS PENYEDIAAN ROTI BERSAMA KEJIRANAN RUKUN TETANGGA (KRT) TAMAN BUKIT BUJANG, KUALA KUBU BHARU

    4 Oktober 2025, IKBN Peretak – Kursus Penyediaan Roti bersama KRT Taman Bukit Bujang telah berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Bengkel Penyediaan Pastri, Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak. Kursus ini dihadiri seramai 20 orang peserta dari pelbagai lapisan umur di kalangan penduduk kawasan KRT Taman Bukit Bujang terdiri dari peserta wanita dan lelaki. Pengajar untuk kursus ini adalah Puan Nurul Hazwani binti Ahmad Fauzi.

    Peserta yang mengikuti kursus ini telah mempelajari 3 jenis bun iaitu Korean Garlic Bun, Sausage Bun dan juga Fried Crab Bun. Semua peserta memberi kerjasama yang baik serta menunjukkan minat yang mendalam semasa kursus dijalankan.

    IKBN Peretak mengucapkan ribuan terima kasih kepada KRT Taman Bukit Bujang kerana sudi bekerjasama dalam program komuniti ini dan diharapkan agar semua peserta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi. Terima kasih juga diucapkan Pengerusi dan AJK KRT Taman Bukit Bujang memberi kerjasama yang baik sepanjang program berlangsung.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.