LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI BAGI SUBJEK SCK 1110 DI SYARIKAT LAX RETREAT CAWANGAN KUALA LUMPUR

    LAWATAN PENDEDAHAN INDUSTRI BAGI SUBJEK SCK 1110 DI SYARIKAT LAX RETREAT CAWANGAN KUALA LUMPUR

     
    02 OKTOBER 2025 – Jabatan Teknologi Kosmetologi IKBN Peretak telah berkunjung ke Pusat Kecantikan LAX RETREAT, Cawangan Kuala Lumpur untuk Program COPTPA bagi subjek SCK 1110 iaitu Pendedahan Industri.

    Lawatan ini melibatkan seorang pengajar Terapi Kecantikan selaku Pegawai Penilai dan 23 orang pelajar Tahap 1 Semester 1.
    Lawatan Pendedahan Industri ini merupakan subjek Wajib Lulus kepada pelajar Semester 1 di bawah Program COPTPA bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar situasi perkhidmatan sebenar di Pusat Kecantikan dan Spa serta memberi pengetahuan berkaitan industri semasa dalam bidang.

    Selain daripada pengamatan terhadap operasi harian pusat kecantikan ini, pelajar turut berpeluang memahami pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan, termasuk perkhidmatan facial, body massage , hair remover, manicure, dan pedicure yang berkaitan dengan pembelajaran pelajar.

    Semoga program ini dapat menarik minat pelajar dan memberikan pengetahuan lebih mendalam dalam bidang Terapi Kecantikan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.