- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 15
PENYERTAAN PELAJAR IKBN PERETAK DALAM PERTANDINGAN MEMANAH BELIA PERINGKAT NEGERI SELANGOR
19 April 2026 (Ahad) – Seramai 14 orang pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menyertai Pertandingan Memanah Belia Peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Padang Apartment Anggerik, Taman Bunga Raya. Program yang bermula dari jam 8.45 pagi, dianjurkan oleh Kelab Belia Jatidiri Taman Bunga Raya dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Selangor.
Pertandingan ini melibatkan penyertaan belia komuniti Hulu Selangor termasuk pelajar dari Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah, dengan sebanyak lima belas kumpulan bertanding untuk kategori perempuan. Penyertaan ini bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan memanah di samping memupuk semangat kesukanan, disiplin diri serta mengeratkan hubungan dalam kalangan belia setempat.
IKBN Peretak telah mencatatkan kejayaan cemerlang apabila menguasai kategori perempuan dengan merangkul Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. Pencapaian ini membuktikan komitmen serta kesungguhan para pelajar dalam mengharumkan nama institusi.
