IKBN Peretak, 24 Februari 2026 – Satu tazkirah Ramadan bertajuk “Pahala Digandakan” telah disampaikan oleh Ustaz Muhamad bin Hassan Pengajar Pusat Tahfiz Al-Fatih Batang Kali, Selangor bertempat di Surau Nur Salam, IKBN Peretak.
Tazkirah tersebut telah bermula pada jam 10.00 malam selepas selesai solat sunat tarawih dan dihadiri oleh pelajar dan warga IKBN Peretak.
Dalam penyampaian beliau, Ustaz Muhamad bin Hassan menekankan keistimewaan bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh keberkatan di mana setiap amalan kebajikan dilipatgandakan pahala. Beliau turut mengingatkan para jemaah agar tidak mensia-siakan peluang yang ada dengan memperbanyakkan ibadah seperti solat sunat, bacaan Al-Quran, sedekah serta menjaga akhlak dan hubungan sesama manusia.
Tazkirah tersebut juga mengajak para jemaah untuk menghayati Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malah sebagai proses pembersihan jiwa dan pembentukan peribadi Muslim yang lebih baik.
Program tazkirah ini diharapkan dapat memberi suntikan rohani kepada para pelajar dan warga IKBN Peretak dalam menghayati Ramadan dengan lebih bermakna serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
