LAWATAN & AKTIVITI MENGUKUR BAJU RAYA ANAK YATIM ASNAF YBK GESIR SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADAN IKBN PERETAK

    LAWATAN & AKTIVITI MENGUKUR BAJU RAYA ANAK YATIM ASNAF YBK GESIR SEMPENA PROGRAM IHYA RAMADAN IKBN PERETAK

     
    Kampung Gesir Tengah, 13 Februari 2026 – Sempena Program Ihya Ramadan Peringkat IKBN Peretak, satu lawatan kebajikan dan aktiviti mengukur baju raya telah diadakan bersama anak-anak yatim asnaf di Asrama Kasih YBK Gesir.

    Program ini melibatkan seramai 4 orang pegawai dan 8 orang pelajar IKBN Peretak yang bersama-sama turun padang bagi memastikan setiap anak yatim mendapat ukuran yang tepat untuk penyediaan baju raya baharu yang akan dijahit oleh pelajar IKBN Peretak sendiri.

    Program ini bertujuan untuk memupuk nilai keprihatinan, empati dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan pegawai dan pelajar, selaras dengan pengisian Program Ihya Ramadan.

    Diharapkan usaha kecil ini dapat menceriakan anak-anak yang terlibat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara IKBN Peretak dan komuniti setempat.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.