- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 10
LAWATAN AUDIT PEMANTAUAN 1 SIRIM ISO 9001:2015 OLEH SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN BHD
IKBN Peretak, 12 Mei 2026 - Audit Pemantauan 1 Sirim ISO 9001:2015 di IKBN Peretak telah berlangsung sepanjang dua hari bermula pada 11 sehingga 12 Mei 2026. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Encik Shahdan bin Zainal (TPHEP) dan dihadiri bersama oleh jawatankuasa induk ISO dan semua penyelaras prosedur. Audit Pemantauan Sirim ISO 9001:2015 oleh SIRIM QAS International SDN BHD kali ini telah diterajui oleh Encik Tajul Arif bin Ariffin.
Dapatan hasil dari audit pemantauan sirim ISO 9001:2015 ini, tiada NCR dan tiada OFI yang dikeluarkan dan IKBN Peretak telah disyorkan untuk meneruskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang pindaan.
Terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan terutamanya ahli jawatankuasa ISO IKBN Peretak atas komitmen yang diberikan. IKBN Peretak masih dapat mengekalkan pencapaian terbaik seperti tahun lepas dengan mengekalkan pematuhan kepada keperluan standard dan atas kesedaran semua pegawai dan kakitangan terhadap perlaksanaan ISO 9001:2015 di IKBN Peretak.
