SESI PERKONGSIAN ILMU (IN HOUSE TRAINING) JABATAN TEKNOLOGI KOSMETOLOGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN PERETAK TAHUN 2025: BASIC MANICURE

    SESI PERKONGSIAN ILMU (IN HOUSE TRAINING) JABATAN TEKNOLOGI KOSMETOLOGI BERSAMA KAKITANGAN IKBN PERETAK TAHUN 2025: BASIC MANICURE

    IKBN Peretak, 15 Disember 2025 - Jurusan Terapi Kecantikan, Jabatan Teknologi Kosmetologi telah mengadakan satu Kursus In House Training Basic Manicure yang merupakan salah satu tajuk submodul dalam Kursus Reskilling, Upskilling dan Professional (RUP) di bawah Projek Peningkatan Kepakaran dan Profesionalisma Pengajar Technical and Vocational Education and Training (TVET) RMK12 bagi tahun 2025 Fasa 2 - Kursus Peningkatan Kecekapan Pengurusan Spa dan Salon Bidang Beauty Therapy yang telah dijalankan pada bulan September lepas kepada pengajar Jabatan Teknologi Kosmetologi. Seramai 9 orang pegawai telah turut menyertai Kursus In House Training ini. Kursus ini telah disampaikan oleh Pn Nor Shakila binti Mohd Redzuan Jaya.

    Tujuan kursus ini dijalankan adalah untuk mengetahui teknik yang betul dalam melakukan rawatan kuku tangan dan memberi latihan kemahiran dalam membentuk kuku dan mengilatkan kuku secara kekal selama 1 hingga 2 minggu. Semua peserta kursus telah disediakan bahan dan alatan yang mana digunakan sepanjang kursus ini. Semasa sesi perkongsian ini, peserta diberi pendedahan secara teori dan amali serta perlu membuat latihan amali kepada peserta lain.

    Diharap semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi dari kursus ini. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kursus berlangsung.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.