MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI 2026

    MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN DAN APRESIASI 2026

     
    Putrajaya, 30 Julai 2026 – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi 2026 bagi meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 dan kakitangan yang sudah dan akan bersara pada tahun 2026 di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

    Tahniah dan syabas diucapkan kepada 6 orang kakitangan IKBN Peretak iaitu Cik Norsyahidatul Farah binti Nanyan (Cawangan Hubungan Industri), Pn. Sharifah Khairani binti Shaari (Jabatan Teknologi Fesyen Dan Pakaian), Pn. Anith Mastura binti Mashor (Jabatan Teknologi Hospitaliti), En. Wan Abdul Halim bin Wan Hamat (Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan), Pn. Siti Noor Salina binti Saad (Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan) dan Pn. Hafizah binti Rumli (Jabatan Teknologi Kosmetologi).

    Semoga momentum kecemerlangan dapat diteruskan pada masa akan datang dan semoga dengan pengiktirafan ini akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga IKBN Peretak, untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.