30 Julai 2026, IKBN Peretak – Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak menganjurkan Program Self Discovery Workshop (SDW) 2026 yang menyertakan 110 pelajar dari 4 sekolah menengah dan 3 maahad tahfiz tempatan. Program ini bertujuan membina keyakinan dan jati diri, di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai potensi diri serta peluang pendidikan dan kerjaya dalam bidang TVET.
Pelbagai aktiviti interaktif dijalankan sepanjang program, termasuk modul pembangunan diri, ujian personaliti, aktiviti berkumpulan, serta lawatan kursus kemahiran di IKBN Peretak. Majlis penutupan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKBN Peretak, En. Shahdan Bin Zainal, sekali gus membuktikan komitmen berterusan pihak penganjur dalam memperkasakan pembangunan modal insan belia dan memperkasakan promosi TVET.
