MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PELANCARAN RAKAN MASJID × RAKAN MUDA RAMADAN

    MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PELANCARAN RAKAN MASJID × RAKAN MUDA RAMADAN

     
    Masjid Persekutuan, Kuala Lumpur, 22 Februari 2026 - Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Rakan Masjid × Rakan Muda Ramadan telah berlangsung meriah hari ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Program anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini bertujuan mengimarahkan masjid melalui penyertaan aktif golongan belia sepanjang bulan Ramadan.

    Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan. Kehadiran pemimpin utama negara ini menyerlahkan komitmen kerajaan dalam memperkukuh penglibatan belia serta memperluas peranan masjid sebagai pusat pembinaan sahsiah dan komuniti.

    Seramai 80 pelajar dari IKBN Peretak turut mengambil bahagian dalam program tersebut. Penglibatan mereka mencerminkan usaha berterusan institusi belia dalam menyokong program kerohanian dan kesukarelawanan, selari dengan aspirasi pembinaan generasi muda yang berdaya saing dan berakhlak.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.