IKBN PERETAK, 20 Februari 2026 – Bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh keberkatan, Solat Dhuha secara berjemaah telah dilaksanakan pada setiap pagi Jumaat sepanjang bulan Ramadan bertempat di Surau Nur Salam IKBN Peretak.
Program ini melibatkan penyertaan para pelajar serta kakitangan IKBN Peretak dengan tujuan membudayakan amalan solat sunat dan meningkatkan penghayatan rohani dalam kalangan warga institut. Solat Dhuha dilaksanakan secara berjemaah yang di Imamkan oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana dari Unit Hal Ehwal Islam IKBN Peretak dan diakhiri dengan bacaan doa ringkas sebagai tanda kesyukuran serta memohon keberkatan daripada Allah SWT.
Pelaksanaan program ini mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada para pelajar yang menunjukkan komitmen dan disiplin untuk hadir pada setiap pagi Jumaat sepanjang bulan Ramadan. Suasana surau yang dipenuhi jemaah mencerminkan kesungguhan warga IKBN Peretak dalam memanfaatkan masa Ramadan dengan amalan ibadah.
