PROGRAM IHYA RAMADAN - IMAM JEMPUTAN SOLAT SUNAT TARAWIH

    PROGRAM IHYA RAMADAN - IMAM JEMPUTAN SOLAT SUNAT TARAWIH

     
    IKBN PERETAK, 23 Februari 2026 – Sempena keberkatan bulan Ramadan Al-Mubarak, IKBN Peretak telah menganjurkan Program Ihya Ramadan dengan pengisian utama Solat Sunat Tarawih yang dipimpin oleh Imam Jemputan Ustaz Zulkifli bin Makhtar Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM bertempat di Surau Nur Salam IKBN Peretak.

    Program ini bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadan di samping memperkukuh penghayatan rohani dalam kalangan warga institut khususnya para pelajar dan kakitangan. Kehadiran imam jemputan yang berpengalaman dalam bacaan dan penghayatan al-Quran telah memberikan suasana solat yang lebih khusyuk dan mendalam.

    Selain solat sunat tarawih, program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kebersamaan, disiplin diri serta penghayatan nilai-nilai murni Islam seperti kesabaran, keikhlasan dan ukhuwah sesama warga institut.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.