- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 84
MAJLIS “SANJUNGAN BUDI SEMARAK KASIH” ENCIK AZIZAN BIN ALI DAN ENCIK WAN MOHD ZAHARI BIN WAN YUSOFF
09 DISEMBER 2025, IKBN PERETAK: Bertempat di Restoran Hibiscus, Jabatan Teknologi Hospitaliti berlangsungnya sambutan meraikan persaraan Encik Azizan bin Ali dan pertukaran Encik Wan Mohd Zahari bin Wan Yusoff. Bertemakan imej retro, pegawai yang diraikan segak menggayakan persalinan era 70an. Semua pegawai dan kakitangan juga kelihatan sporting dengan berpakaian mengikut tema.
Dalam ucapan, Encik Azizan merakamkan penghargaan dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan. Sepanjang tempoh 21 tahun 9 bulan perkhidmatan, IKBN Peretak adalah satu-satunya jabatan yang beliau berkhidmat dan menabur bakti. Begitu banyak kisah suka dan kenangan indah sepanjang di IKBN Peretak, ucap beliau.
Encik Wan Mohd Zahari pula mengucapkan rasa syukur kerana setelah banyak kali membuat permohonan dan menunggu giliran yang lama akhirnya diberikan rezeki untuk berpindah jabatan berdekatan dengan kampung halaman. Tempoh 13 tahun 8 bulan berkhidmat di IKBN Peretak bukanlah tempoh yang singkat, pasti beribu kenangan tersemat di fikiran.
Hidangan berkonsepkan Hi-Tea yang disajikan oleh Jabatan Teknologi Hospitaliti hasil kerjasama bersama pengusaha kafe juga mendapat pujian kerana menepati citarasa tetamu-tetamu yang hadir.
Pihak Institut mendoakan kesihatan yang berpanjangan kepada bakal pesara Encik Azizan bin Ali dan kemudahan urusan kepada Encik Wan Mohd Zahari bin Wan Yusoff.
Tempoh kontrak sampai ke akhir,
Tugas ditunaikan seikhlas hati;
Walau berat rasa nak berakhir,
Kenangan bersama kekal di hati.
