PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL IKBN PERETAK

    PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL IKBN PERETAK

    12 Disember 2025-IKBN Peretak telah menganjurkan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Program ini melibatkan penyertaan seramai 60 orang pelajar semester pertama IKBN Peretak.

    Matlamat utama program adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan kesihatan reproduktif, keselamatan diri, serta isu sosial dalam kalangan remaja dan belia.

    Program berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan positif daripada para pelajar, sekali gus menyokong usaha pembentukan generasi celik kesihatan dan berpengetahuan dalam aspek kesejahteraan diri.

    Modul-modul seperti pizza seksualiti, salam si pembawa HIV dan banyak lagi telah disusun oleh pihak LPPKN. Perkongsian ilmu ini telah disempurnakan oleh Puan Siti Nurulain binti Md. Sobri, En Ahmad Afiq bin Alias dan En. Muhammad Amirul Irsyad bin Azman.

    Program yang telah dipantau oleh Pegawai LPPKN Negeri Selangor ini diharapkan dapat memberi manfaat dan pengetahuan baru kepada pada pelajar.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.