MICROSOFT ELEVATE: AI TEACHING POWER ILKBS 2026

    MICROSOFT ELEVATE: AI TEACHING POWER ILKBS 2026

     
    IKBN Peretak, 3 Mac 2026 – Program Microsoft Elevate: AI Teaching Power ILKBS 2026 telah dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia serta mendapat kerjasama strategik oleh Syarikat Biji-biji Initiative dan Mereka Academy bersama rakan akademik serta sokongan Pejabat Kebangsaan AI (NAIO), Kementerian Digital Malaysia. Program ini berlangsung secara dalam talian yang telah diadakan di Makmal Komputer 1 menggunakan aplikasi Zoom, bermula dari jam 8.30 pagi dan berakhir pada 4.30 petang.

    Seramai 21 orang tenaga pengajar dari IKBN Peretak telah menyertai program ini dengan penuh semangat. En. Mohd Rawi Bin Othman merupakan penceramah pada sesi kali ini. Peserta telah diperkenalkan dengan asas AI dan bagaimana ianya boleh digunakan dalam pendidikan. Peserta juga berpeluang mencuba beberapa aplikasi AI popular seperti ChatGPT, Microsoft Copilot dan Gemini.

    Selain itu, peserta belajar menggunakan ciri pintar yang terdapat dalam Microsoft Edge seperti Read Aloud untuk membantu pengajaran lebih interaktif, dan aplikasi kolaboratif seperti Padlet bagi meningkatkan pembelajaran aktif. Sepanjang program, tugasan ringkas diberikan supaya peserta dapat terus mempraktikkan apa yang dipelajari.

    Program ini berjaya membuka mata pengajar tentang potensi AI dalam PdP TVET dan memberi inspirasi untuk mengaplikasikan teknologi pintar dalam kelas mereka. Tahniah kepada semua peserta dan pihak penganjur atas kejayaan pelaksanaan program ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.