PROGRAM IHYA RAMADAN - TAZKIRAH RAMADAN (AMALAN-AMALAN SUNAH DI BULAN RAMADAN)

    PROGRAM IHYA RAMADAN - TAZKIRAH RAMADAN (AMALAN-AMALAN SUNAH DI BULAN RAMADAN)

     
    IKBN Peretak, 2 Mac 2026 – Suasana penuh penghayatan menyelubungi Surau Nur Salam IKBN Peretak apabila berlangsungnya Tazkirah Ramadan bertajuk “Amalan-Amalan Sunah di Bulan Ramadan” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad bin Hassan, bermula pada jam 10.00 malam selepas selesai Solat Sunat Tarawih.

    Dalam tazkirah tersebut, Ustaz Muhammad bin Hassan menekankan kepentingan menghidupkan amalan-amalan sunah sepanjang bulan Ramadan sebagai usaha meningkatkan ketakwaan dan meraih ganjaran pahala yang berlipat ganda. Antara amalan yang ditekankan termasuk memperbanyakkan bacaan al-Quran, bersedekah, menunaikan solat sunat seperti Qiamullail dan Witir, menjaga adab ketika berpuasa serta memperbanyakkan zikir dan doa.

    Beliau turut mengingatkan para jemaah agar menjadikan Ramadan sebagai medan tarbiah rohani dan peluang untuk membentuk akhlak mulia yang berterusan walaupun selepas berakhirnya bulan yang penuh keberkatan ini.

    Program tazkirah ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.Penganjuran program seumpama ini diharap dapat menyemarakkan lagi pengisian rohani serta memperkukuh ukhuwah dalam kalangan jemaah sepanjang bulan Ramadan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.