PROGRAM SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

    PROGRAM SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

     
    IKBN Peretak, 3 Mac 2026 – Warga Institut Kemahiran Belia Negara Peretak telah mengimarahkan Program Solat Sunat Gerhana Bulan yang berlangsung dengan penuh khusyuk di Surau Nur Salam IKBN Peretak bermula jam 8.15 malam. Program ini dianjurkan sebagai tanda penghayatan terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah SWT apabila berlakunya fenomena gerhana bulan.

    Solat Sunat Gerhana Bulan tersebut telah diimamkan oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana dan disertai oleh para pelajar serta warga IKBN Peretak. Kehadiran jemaah yang memberangsangkan mencerminkan kesedaran dan komitmen warga institut dalam menghidupkan amalan sunnah Rasulullah SAW.

    Selepas solat, jemaah telah mengikuti khutbah bertajuk “Ibrah Takwa Dari Ketundukan Semesta” yang menekankan pengajaran bahawa setiap kejadian di alam ini berlaku atas kehendak Allah SWT. Khutbah tersebut turut mengajak para jemaah untuk meningkatkan ketakwaan, merendahkan diri sebagai hamba, serta mengambil iktibar daripada ketundukan seluruh alam terhadap perintah-Nya.

    Program ini diharapkan dapat menyemai nilai keinsafan, memperkukuh penghayatan rohani dan membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi dan spiritual. Pihak penganjur juga berharap pengisian kerohanian seperti ini dapat diteruskan secara konsisten demi melahirkan warga IKBN Peretak yang berilmu, berakhlak dan bertakwa.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.