PAMERAN KERJAYA TVET BUKA MINDA PELAJAR SMK SERENDAH

    PAMERAN KERJAYA TVET BUKA MINDA PELAJAR SMK SERENDAH

     
    SERENDAH, 13 Ogos 2026 – Satu pameran kerjaya berteraskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) telah diadakan di Dewan Zamrud, SMK Serendah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam bidang kemahiran serta membantu mereka merancang hala tuju selepas tamat persekolahan.

    Pameran ini melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 dengan pelbagai pengisian menarik termasuk perkongsian maklumat berkaitan laluan pendidikan dan prospek kerjaya. IKBN Peretak antara pempamer yang menampilkan hasil jahitan pelajar Jabatan Fesyen dan Pakaian bertemakan jeans, selain menyediakan risalah berkaitan promosi ILKBS.

    Selain itu, pameran ini turut disertai oleh institusi dan agensi TVET seperti Kolej Vokasional Sungai Buloh, UniKL, Unisel, Institut Kraf Negara serta beberapa kolej swasta. Penganjuran program ini diharapkan dapat membuka minda pelajar untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran, khususnya di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.