SELAMAT MAJU JAYA AISYAH ZAFIRAH

    SELAMAT MAJU JAYA AISYAH ZAFIRAH

     
    Setinggi-tinggi ucapan selamat bertanding diucapkan kepada Aisyah Zafirah Binti Mohd Nazri yang akan mewakili pasukan dalam Selangor International Air Games 2026 pada 25 hingga 27 September 2026.

    Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, disiplin dan semangat juang. Jadikan setiap latihan dan pengalaman yang telah dilalui sebagai kekuatan untuk menghadapi setiap cabaran. Tampilkan prestasi terbaik, kekalkan fokus dan berikan sepenuh komitmen demi mengharumkan nama pasukan.
    Pertandingan ini disertai 56 peserta daripada 10 buah negara yang akan bertanding iaitu, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapore, Vietnam, China, Iraq, Korea dan Pakistan.

    “Kejayaan bukan sekadar tentang kemenangan, tetapi tentang keberanian untuk memberikan yang terbaik.”

    Akhir sekali, semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan yang dicurahkan membuahkan hasil serta membawa kejayaan yang membanggakan.

    Selamat bertanding dan semoga terus cemerlang di Selangor International Air Games 2026! 🏆✨

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.