- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 52
NOTA KERJASAMA IKBN PERETAK BUKA RUANG BAHARU DUNIA GAYA RAMBUT
IKBN Peretak, 17 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah memeterai nota kerjasama dengan Aristocrate Lounge bagi pelaksanaan program pertandingan barber dalam bentuk realiti TV. Kerjasama strategik ini bertujuan memperkukuh jaringan industri serta memberi pendedahan meluas terhadap bidang kemahiran khususnya dalam rekaan gaya rambut.
Melalui kerjasama ini, IKBN Peretak akan menyediakan fasiliti dan kepakaran tenaga pengajar dalam bidang Rekaan Gaya Rambut bagi menyokong pelaksanaan program tersebut. Program ini dijangka dilancarkan pada tahun hadapan dengan penyertaan seramai 12 peserta yang bakal bersaing dalam pelbagai cabaran berasaskan kemahiran gunting rambut secara profesional.
Usaha ini sekaligus diharap dapat meningkatkan imej dan tarikan terhadap bidang kemahiran sebagai pilihan kerjaya utama belia masa kini.
