PROGRAM WE  SUNNAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H/2025M PERINGKAT IKBN PERETAK.

    PROGRAM WE SUNNAH SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1447H/2025M PERINGKAT IKBN PERETAK.

     
    IKBN Peretak, 17hb Oktober 2025 – Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat IKBN Peretak Tahun 1447H/2025M dengan tema “We Love Sunnah”, telah berjaya dilaksanakan di Surau Nur Salam, IKBN Peretak. Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin yang telah dipimpin oleh Ustaz Shahrul Iman bin Hasuana.

    Bagi menyemarakkan lagi sambutan, majlis diserikan dengan persembahan Qasidah oleh Kumpulan Muwahhidin dikalangan pelajar IKBN Peretak sendiri. Kemuncak sambutan adalah perkongsian ilmu oleh Al-Fadhil Ustaz Aiman Khair, Daie Muda Yadim dengan tajuk ceramah "Berbalaskah Cinta Baginda".

    Majlis Sambutan Maulidur Rasul berlangsung dengan meriahnya dan telah disertai seramai 60 orang pegawai serta 343 orang pelajar IKBN Peretak. Turut hadir di dalam majlis ini adalah Pengarah IKBN Peretak, Pn. Normahsyuri binti Md Shariff bersama Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Shahdan Bin Zainal dan Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan, Pn. Nurulakmar Binti Alias.

    Semoga dengan adanya majlis yang serba ringkas ini, warga IKBN Peretak dapat mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.