PROTON CITY, 31 Mac 2026 – SMK Proton City mencatat keputusan cemerlang dalam SPM 2025 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 3.62, iaitu pencapaian terbaik dalam sejarah sekolah.
Seramai 94 calon telah menduduki peperiksaan dengan kadar kelulusan 100 peratus, sekali gus menjadikan sekolah ini satu-satunya di daerah Mualim yang mencapai keputusan tersebut. Dari segi pencapaian, seorang pelajar memperoleh 9A+, dua pelajar 9A, tiga pelajar 8A, lima pelajar 7A, dua pelajar 6A, 20 pelajar 5A dan 14 pelajar 4A.
Turut memeriahkan majlis, IKBN Peretak telah mengambil bahagian sebagai peserta pameran sempena pengumuman keputusan SPM di sekolah ini. Kejayaan ini mencerminkan usaha gigih pelajar dan komitmen warga pendidik dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah.
