- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 152
PROGRAM IFTAR JAMAIE KUARTERS MENYEMAI DAN MENGERATKAN UKHUWAH WARGA IKBN PERETAK
16 Mac 2026 – Suasana penuh kemesraan dan kebersamaan jelas dirasai apabila warga kuarters IKBN Peretak berkumpul dalam Program Iftar Jamaie yang berlangsung di Surau Nur Salam.
Program dilaksanakan secara potluck, di mana setiap ahli kuarters membawa juadah untuk dikongsi bersama. Pelbagai hidangan disediakan dan dinikmati secara berjemaah, diikuti dengan solat Maghrib sehingga solat Tarawih yang menambahkan lagi kemanisan kebersamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menyumbang sama ada dari segi makanan, tenaga dan sokongan. Semoga usaha ini menjadi asbab mengeratkan silaturahim serta menyemarakkan lagi penghayatan Ramadan dalam kalangan warga IKBN Peretak.
