PENYERTAAN IKBN PERETAK DALAM PERTANDINGAN 5TH GLOBAL CULINARY CHALLENGE MALAYSIA TOUR 2026

    PENYERTAAN IKBN PERETAK DALAM PERTANDINGAN 5TH GLOBAL CULINARY CHALLENGE MALAYSIA TOUR 2026

     
    Kuala Lumpur, 23 Julai 2026 (Khamis) - Wakil IKBN Peretak daripada Bahagian Penyediaan Pastri, Jabatan Hospitaliti telah menyertai Pertandingan 5th Global Culinary Challenge Malaysia Tour 2026 (Cross Cultural - Great Taste Of Capital) yang dianjurkan oleh Persatuan Kulinari Global Malaysia bersempena dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026. Pertandingan ini berlangsung selama 3 hari mulai 21 hingga 23 Julai 2026 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

    Penyertaan 2 orang pelajar IKBN Peretak dalam pertandingan ini iaitu Nuraisyah Adrina binti Abd Rani dan⁠ Muhammad Syahmi bin Ariffin telah berjaya membawa pulang 2 Diploma dalam kategori Dress The Cake (Live).

    Tahniah diucapkan kepada kedua peserta atas kejayaan dan kecemerlangan ini. Pertandingan ini juga dapat mengembangkan bakat pelajar serta keyakinan diri para pelajar kita dalam menghasilkan kreativiti, mendapatkan ilmu dan pengetahuan dari peserta negara lain serta komen yang membina dari juri peringkat antarabangsa. Diharapkan dengan kejayaan ini akan terus memacu semangat para pelajar untuk terus unggul dalam mengharumkan nama IKBN Peretak di pentas antarabangsa.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.