- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 147
PENERIMAAN KENDERAAN BAHARU BAGI KEGUNAAN OPERASI JABATAN
IKBN Peretak telah menerima sebuah bas baharu bagi memperkukuhkan kecekapan operasi serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.
Majlis penyerahan kenderaan tersebut telah berlangsung pada 16 Mac 2026 di padang kawad IKBN Peretak yang dihadiri oleh Pengarah IKBN Peretak, Puan Normahsyuri binti Md Shariff. Bas ini akan digunakan bagi menyokong pelaksanaan tugas-tugas operasi jabatan khususnya dalam aspek penyelarasan serta penyampaian perkhidmatan di lapangan khususnya tugasan pelajar.
Pengarah berharap, penerimaan kenderaan baharu ini dapat meningkatkan keberkesanan tugasan serta memudahkan pergerakan pegawai, kakitangan dan pelajar dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas sokongan dan peruntukan yang diberikan dalam usaha memperkasakan keupayaan operasi jabatan.
Dengan adanya kemudahan ini, diharapkan jabatan akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti dan berkesan kepada masyarakat setempat.
