PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT HULU SELANGOR 2026

    PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT HULU SELANGOR 2026

     
    14 Mac 2026, Masjid Sungai Tengi – Semangat ukhwah dan pengisian rohani menjadi teras utama dalam Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Hulu Selangor 2026 serta Program Malam Ukhwah Belia Santuni Generasi Muda yang berlangsung selama dua hari satu malam di Masjid Sungai Tengi, FELDA Sungai Tengi.

    Program yang bermula pada 13 Mac (Jumaat) hingga 14 Mac (Sabtu) ini telah menghimpunkan para pelajar daripada IKBN Peretak, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Serendah, serta belia setempat dalam satu wadah transformasi belia yang positif.

    Sepanjang program berlangsung, para peserta terlibat aktif dalam pelbagai aktiviti berteraskan elemen keagamaan dan kerjasama pasukan, antaranya:
    - Khatam & Tadarus Al-Quran: Memperkukuh kecintaan terhadap kitab suci melalui bacaan secara berjemaah.
    - Qiamullail: Sesi solat sunat Tahajjud, Taubat, dan Hajat bagi membina kekuatan spiritual.
    - Gotong-royong: Aktiviti memasak bubur lambuk yang memupuk semangat kerjasama antara belia dan kariah masjid.
    - Iftar & - Tahlil: Persediaan berbuka puasa yang diselangi dengan bacaan doa dan tahlil ringkas.

    Selain itu juga diadakan sukan santai & kecergasan bagi menyuntik elemen keceriaan dan gaya hidup sihat, aktiviti sukan santai turut diadakan pada sebelah malam, merangkumi pertandingan Tempur Memanah (Archery Tag) atau juga dikenali sebagai Combat,Sukan Ping Pong & Pertandingan Memanah.

    Majlis Perasmian Penutup yang disempurnakan oleh Encik Mohamad Marwan bin Ahmad Tajuri, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Bahagian Pembangunan), Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor. Beliau dalam ucapannya memuji penglibatan aktif golongan muda dalam aktiviti masjid yang secara tidak langsung membentuk jati diri belia yang cemerlang di daerah ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.