IKBN Peretak, 4 Mac 2026 - Persediaan bagi Program Memasak Bubur Lambuk anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar bersama Alumni IKBN Peretak yang dijadualkan akan pada 5 Mac 2026 ini telah mula dijalankan oleh pihak penganjur. Antara persiapan awal yang dilaksanakan termasuk pengambilan periuk dan bahan masakan di Kg Baru, Kuala Lumpur bagi kegunaan memasak bubur lambuk secara bergotong-royong semasa program tersebut nanti.
Selain itu, kerja-kerja mencuci periuk serta penyediaan peralatan turut dilakukan bagi memastikan kelancaran program. Program ini dijangka mendapat kerjasama daripada para alumni dan warga institut dalam usaha menyemarakkan semangat kebersamaan, gotong royong serta berkongsi rezeki sempena bulan Ramadan.
