IKBN Peretak, 4 Mac 2026 – Sesi penjurian Pertandingan Komik Ramadan telah berlangsung dengan lancar sebagai sebahagian daripada pengisian program sepanjang bulan Ramadan ini. Pertandingan yang dianjurkan sebagai salah satu aktiviti pengisian rohani ini berjaya menarik penyertaan yang memberangsangkan daripada para peserta yang menampilkan karya kreatif serta sarat dengan mesej nilai murni, pengajaran dan semangat Ramadan. Panel juri telah menilai setiap penyertaan berdasarkan aspek kreativiti, ketepatan tema dan penyampaian mesej.
Secara keseluruhannya, tahap komitmen dan kualiti karya yang diterima amat membanggakan. Keputusan rasmi pemenang pertandingan akan diumumkan semasa program Khatam Al-Quran yang akan diadakan dalam masa terdekat. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat terus menyemarakkan lagi suasana Ramadan serta memupuk bakat dan kreativiti dalam kalangan warga institut.
