PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA-"MENOKTAHKAN BULI, MEMBINA GENERASI PRIHATIN"

    PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA-"MENOKTAHKAN BULI, MEMBINA GENERASI PRIHATIN"

     
    16 Oktober 2025 (Khamis), Putrajaya – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat Belia: Menoktahkan Buli, Membina Generasi Prihatin bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, dan menghimpunkan wakil belia dari pelbagai institusi kemahiran seluruh negara.

    IKBN Peretak turut dijemput menyertai persidangan berimpak tinggi ini bersama lima lagi institut iaitu IKTBN Alor Gajah, IKTBN Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKBN Chembong, dan IKSN (Institut Kemahiran Sukan Negara).

    IKBN Peretak diwakili oleh Encik Ahmad Afiq bin Alias, bersama dua wakil pelajar, Nur Hidayah binti Yahaya (Penyediaan Makanan Semester 3) dan Dania Batrisya binti Ahmad Fadzli (Terapi Kecantikan Semester 3). Kehadiran mereka melambangkan komitmen institut dalam mendukung usaha memperkasa kesedaran terhadap isu buli dan memupuk budaya prihatin dalam kalangan pelajar TVET.

    Persidangan ini membuka ruang kepada perbincangan intelektual serta idea penyelesaian daripada belia sendiri berkenaan isu buli, khususnya di institusi pendidikan dan komuniti. Ia juga memperkukuhkan agenda nasional dalam membentuk generasi yang lebih berempati, prihatin dan bebas daripada budaya penindasan.

    Pihak IKBN Peretak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan dan peluang berharga ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.