- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 44
PROGRAM PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH (PLBD) – BIDANG PEMBUATAN ROTI BERSAMA SM PENDIDIKAN KHAS VOKASIONAL KUANTAN (SMPKV KUANTAN)
Kuala Kubu Bharu, 16 Oktober 2025 – Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan (SMPKV Kuantan), Pahang telah mengadakan Program Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBD) bagi bidang pembuatan roti yang melibatkan seramai 28 orang pelajar dan 14 orang guru pengiring.
Program ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran sedia ada para peserta dalam bidang pembuatan roti, di samping memberi pendedahan kepada teknik baharu dalam penyediaan produk bakeri selaras dengan keperluan industri semasa.
Kursus ini telah dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dalam Jurusan Penyediaan Roti iaitu Pn. Ros Azida binti Jantan, En. Mohd Noor Al Fahizam bin Berahim, dan Pn. Hidayah binti Ahmad. Antara produk bakeri yang dipelajari dalam sesi ini termasuk Cinnamon Roll, Banana Walnut Muffin dan Chocolate Chips Muffin.
Melalui pendekatan gabungan teori dan amali, para peserta berpeluang menguasai kemahiran asas bakeri dengan lebih efektif dan menyeluruh. Di akhir program, setiap peserta yang berjaya menamatkan latihan telah menerima Sijil Penyertaan daripada IKBN Peretak sebagai penghargaan atas komitmen dan usaha yang ditunjukkan sepanjang program.
Pihak IKBN Peretak berharap agar penganjuran program seperti ini dapat memperkukuh perkongsian ilmu dan kemahiran TVET, khususnya kepada pelajar SMPKV, selain merancang untuk melaksanakan lebih banyak inisiatif upskilling dan reskilling kepada golongan belia pada masa akan datang.
