- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 30
PERTANDINGAN AKHIR TVET PADA HARI TERBUKA YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS) 2025
06 November 2025, IKTBN Dusun Tua - Pertandingan inovasi akhir ini telah berlangsung di Dewan Utama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Dusun Tua, Selangor yang disempurnakan oleh (D.Y.T.M) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Pertandingan inovasi ini dianjurkan sempena Hari Terbuka TVET Yayasan Raja Muda Selangor pertujuan untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti pelajar institusi TVET dalam menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada komuniti dan industri.
Pertandingan disertai oleh pelbagai institusi TVET seluruh Malaysia termasok IKBN, Kolej Komuniti dan Institusi lain yang berkaitan. Antara yang mengambil bahagian adalah IKBN Peretak, IKBN Kemasik, IKTBN Dusun Tua, IKBN Kuala Perlis dan Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang.
Keputusan pertandingan telah berpihak kepada IKBN Peretak menduduki tempat kedua, tempat pertama IKBN Kemasik manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kolej Komuniti Kuala Langat Cawangan Sepang. IKBN Peretak telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM2000 dan replika cek.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kumpulan Ramibag iaitu Aisya Kamelia Binti Mohd Jamalludin, Nurul Ashikin Binti Hasimee dan Nor Fatini Binti Atan, mereka adalah pelajar semester 7,Diploma Fesyen dan Pakaian yang diiringi oleh Puan Nur Inani Izzati Binti Mohd Shariff.
Diharapkan pertandingan seperti ini dapat terus menjadi platform kepada pelajar untuk berinovasi dan meningkatkan kreativiti demi menghasilkan idea yang lebih berkualiti pada masa akan datang.
