- Nor Salwah binti Yaacob
- IKBN Peretak
- Hits: 22
TAKLIMAT PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN INKLUSIVITI BELIA DAN BERKEPERLUAN KHAS LAVANDERIA (PERKHIDMATAN DOBI)
IKBN Peretak, 6 November 2025 – Jabatan Hospitaliti, IKBN Peretak hari ini telah melaksanakan Taklimat Program Latihan Kemahiran Inklusiviti Belia dan Berkeperluan Khas bagi tahun 2025 bertempat di The Glass, IKBN Peretak.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa dan pelajar berkeperluan khas, untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program latihan kemahiran dalam bidang perkhidmatan dobi yang ditawarkan. Seramai 9 orang pelajar terpilih ditemani ahli keluarga hadir berserta delegasi guru yang diketuai oleh Puan Sarogeni a/p Krishnasamy, Guru Penolong Kanan (PPKI) SMK Ampang Pecah bagi mendapatkan maklumat berhubung program latihan ini.
Program ini juga merupakan sebuah program rintis hasil jalinan kerjasama antara IKBN Peretak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, di mana pelajar sekolah tersebut berpeluang mengikuti latihan kemahiran yang disediakan. Inisiatif ini memperkukuh konsep inklusiviti dalam pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) dengan memberi ruang kepada pelajar berkeperluan khas meningkatkan keyakinan diri serta kemahiran mereka terutamanya dalam bidang perkhidmatan dobi.
Semoga usaha seperti ini dapat menyokong usaha IKBN Peretak khususnya dalam pembangunan belia inklusif dan menyemai kesedaran terhadap keupayaan golongan istimewa dalam masyarakat.
