TVET X WONDERLAB: KOLABORASI ILMU, KECANTIKAN DAN KEUSAHAWANAN

    TVET X WONDERLAB: KOLABORASI ILMU, KECANTIKAN DAN KEUSAHAWANAN

     
    4 November 2025, Kuala Kubu Baru – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak telah menganjurkan Taklimat Kerjaya: Peluang Usahawan “Mobile Spa” bertempat di Auditorium IKBN Peretak. Program ini disampaikan oleh wakil rasmi Wonderlab by Cuckoo, sebuah jenama terkini dalam industri kecantikan dan penjagaan kulit.
    Sesi yang berlangsung ini dikendalikan oleh Puan Ranmeet Kaur (Pengurus) bersama dua orang pegawai eksekutif dan Puan Siti Khatijah Mohamad. Mereka telah berkongsi maklumat mengenai potensi keusahawanan dalam konsep Mobile Spa, termasuk strategi pemasaran, pengurusan pelanggan serta peluang francais bagi individu berkemahiran dalam bidang kecantikan.

    Menariknya, sesi turut disertai dengan memperkenalkan perkhidmatan analisis kulit menggunakan mesin analisa kulit yang berteknologi tinggi. Selain itu demonstrasi teknik rawatan wajah (face facial) seperti langkah-langkah asas penjagaan kulit, penggunaan produk yang betul dengan jenis kulit yang bersesuaian. Aktiviti interaktif ini memberi peluang kepada pelajar untuk melihat sendiri prosedur profesional dalam perkhidmatan spa bergerak serta memahami standard kebersihan dan kualiti yang diperlukan dalam industri kecantikan moden.

    Program ini bukan sahaja memperluas pengetahuan pelajar tentang dunia keusahawanan, tetapi juga menyuntik inspirasi agar mereka berani menceburi bidang usahawan kecantikan berasaskan kemahiran TVET, seiring dengan usaha IKBN Peretak dalam melahirkan belia yang berdaya saing dan inovatif.

    Institut Kemahiran Belia Negara Peretak, 
    Jalan Ampang Pecah, 
    44000 Kuala Kubu Bharu,
    Selangor Darul Ehsan

    Nombor Telefon    : 03-6099 6000
    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.